Skip to main content

Jualan Kopi Oleh Seller Malaysia Cecah USD 2,036,282.58 di Pasaran USA!

Jualan Kopi Oleh Seller Malaysia Cecah USD 2,036,282.58 di Pasaran USA!

Jualan Kopi Oleh Seller Malaysia Cecah USD 2,036,282.58 di Pasaran USA



Anda pasti terkejut dan tak sangka jualan kopi di pasaran ebay USA oleh ebay seller Malaysia mengikut statistik dari data terapeak bermula dari 6 Feb 2017 sehingga 6 Feb 2018 telah mencecah 2 juta USD dalam masa setahun.

Banyak kan? Dalam ringgit Malaysia bersamaan dengan RM7.95 juta!

Ini adalah data bilangan unit terjual setiap hari oleh 93 orang seller malaysia.

Dari segi persaingan pula ianya adalah sangat sihat sebab hanya 93 orang sahaja seller dari Malaysia.

Berita baiknya juga jualan kopi ini adalah hanya terdapat 524 seller dari seluruh dunia yang berkongsi “kek” di pasaran USA.

Apa yang lebih mengejutkan adalah 65% hasil jualan dalam masa setahun pada tahun 2017 adalah dikuasai oleh ebay seller Malaysia!

Jika anda turut sama-sama membuat jualan kopi ini anda tidak akan menghadapi persaingan dari ebay seller China yang ramai orang takuti dengan harga yg diorang offer jauh lebih murah.

Jika anda tengok statistik di bawah terdapat sebanyak 13k++ iklan yang terdapat di ebay.com oleh seller Malaysia dan 20k++ iklan dari seller USA dan zero seller China.

Ini sudah cukup bagus, sebab seller china tak mampu nak jual kopi ni.

Apa yang lebih membanggakan lagi walaupun jumlah iklan dalam masa setahun oleh ebay seller malaysia lebih kecil berbanding ebay seller USA, ebay seller Malaysia berjaya membuat jualan di pasaran USA dengan lebih tinggi berbanding seller dari negara mereka sendiri.

Maknanya conversion rate iklan oleh ebay seller Malaysia lebih tinggi.

Ramai buyer USA lebih berminat untuk membeli produk kopi ini dari ebay seller Malaysia.

Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan oleh anak Malaysia. Siapa kata seller Malaysia tak boleh buat jualan lebih banyak dari seller USA? 😉

Dengan rekod setahun jual terendah sehari adalah sebanyak 5 unit pada 23 Jan 2018 dan 31 Jan 2018 dan rekod tertinggi dalam sehari sebanyak 75 unit pada 28 mac 2017 dengan purata jualan sehari adalah 39 unit.

Sebenarnya ebay adalah satu platform yang saya gelarkan sebagai “The Hidden Treasure” yang ramai orang terlepas pandang potensi future earning yg akan anda perolehi.

Ini baru satu jenis kopi sahaja, belum lagi data-data dari produk lain yang di jual oleh ebay seller Malaysia!

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya masalah UTAMA yang dihadapi oleh new seller adalah macam mana nak cari produk yang betul-betul ada demand.

Jadi untuk pastikan anda mampu buat jualan yg lebih pantas di market ebay USA pasti ada senjata yang digunakan untuk buat “simple research” ni.

Saya cadangkan anda gunakan terapeak untuk analisis dan mengenalpasti barang apa yang hot dan tengah trending di pasaran USA.

Dengan adanya terapeak, akaun kerja anda lebih mudah untuk buat kajian tentang produk-produk yang hot dan sentiasa ada demand yang tinggi di mana-mana pasaran ebay negara yang hendak kita pasarkan.

So risiko untuk berlaku lambakan stok tidak terjual adalah sangat-sangat rendah.

Sebab anda telah ada proven statistik yang menunjukkan produk anda nak jual tu ada demand yang tinggi yang dicari oleh potential buyer.

Jika anda belum ada akaun ebay lagi. Masih belum terlambat untuk anda buka akaun ebay, ianya adalah percuma!

Tak salah untuk anda mencuba. Sebab yang akan dapat hasilnya nanti adalah anda juga 😉

Ini adalah produk hasil kajian pasaran yang dibuat menggunakan terapeak.

Hasilnya memang sangat memuaskan. Ia berjaya boost sales jualan di akaun ebay dan stok yang ada sentiasa habis cepat.

Sebab itulah untuk menghasilkan jualan di Ebay, sangat penting untuk anda mengetahui strategi yang betul bagaimana untuk membuat kajian pasaran terlebih dahulu.

Kenalpasti apa produk yang mudah terjual & sedang trending.

Jika anda nak belajar lebih terperinci bagaimana untuk membuat research dan mengenalpasti produk yang hot serta mudah terjual di ebay..

Anda boleh rujuk video Blue Print Ebay Research Intelligence Method (BPERIM) di sini.

Ia menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk lakukan market research dengan cara yang betul dan terbukti berkesan.

Semoga bermanfaat & jangan lupa share post ni 

Comments

Popular posts from this blog

4 Langkah Bagaimana Memulakan Bisnes di Ebay!

4 Langkah Bagaimana Memulakan Bisnes di Ebay! 4 Langkah Bagaimana Memulakan Bisnes di Ebay Apa yang perlu new seller tahu untuk Belajar Bisnes Ebay? Saya mendapat banyak soalan terutamanya dari new seller yang masih belum faham macam mana proses jualan boleh terjadi di ebay. Ini antara soalan yang sering ditanya: Bagaimana hendak bermula untuk menjual di ebay? Berapa modal permulaan untuk berniaga di ebay? Jika tak mahir berbahasa inggeris boleh ke berniaga di ebay? dan banyak lagi. Ok baik. Saya harap artikel kali ini membantu para peniaga ebay yang masih baru nak menceburkan diri berbisnes di ebay dapat faham dengan jelas macam mana nak bermula. Untuk memulakan bisnes di Ebay, anda perlu menguasai 4 ilmu iaitu: Kaedah membuat Kajian Produk Mencari Sumber Supplier yg murah Membuat Iklan di ebay Proses Order Saya terangkan serba ringkas untuk anda dapat mudah paham prosesnya dengan baik. Langkah 1: Kaedah membuat Kajian Produk Ini adalah persoalan utam...

7 idea produk HOT yang anda boleh terus try

http://bit.ly/7-idea-produk-HOT Ni ada 7 idea produk HOT yang anda boleh terus try jual dan buat profit sekarang. Tak yah pening nak research, just guna je info ni. Info ni FREE je sehingga tengah malam ni.  Make sure download  http://bit.ly/7-idea-produk-HOT Hopefully ianya membantu bisnes anda. Bye

Cara Buat Kajian Pasaran Barang Trending di Ebay?

Cara Buat Kajian Pasaran Barang Trending di Ebay? Saya dapat banyak pertanyaan tentang macam mana nak buat kajian pasaran di Ebay. Kalau anda ada soalan tu kat minda anda maknanya anda memang berminat untuk belajar macam mana nak buat duit kat ebay ni. Ucapkan tahniah buat diri anda sebab anda akan belajar sesuatu dari post artikel kali ini. Saya harap ianya akan membuka minda anda dan menjawab segala persoalan yg bermain di fikiran anda selepas  anda dah baca artikel kali ini. Objektif post kali ini adalah : Bila kita dah ada akaun ebay dan paypal barang apa yang kita nak jual di ebay? Secara umumnya saya boleh bahagikan kepada 2 cara: Perhatikan keadaan sekeliling rumah anda, lihat jika ada barang yg tak pakai, anda ambil gambar dan buat iklan di ebay Buat sedikit kajian pasaran di ebay berdasarkan data-data item sold yang berjaya di jual di ebay,kaji item apa yg trending dan ada demand yg tinggi kemudian anda supply Untuk cara pertama : Sesiapa sahaja bole...