Skip to main content

Cara Tulis Headline Yang Memukau Kurang 5 Saat!



Cara Tulis Headline Yang Memukau Kurang 5 Saat!




Dalam konteks pengiklanan visual (Facebook, Instagram, Surat Khabar), benda pertama yang kita kena mahir adalah tarik perhatian. Bila mana kita berjaya tarik perhatian. Itu petanda awal iklan kita akan di baca.
Antara fakta yang kita kena faham ialah manusia sibuk.
Sibuk dengan hal masing-masing. Kalau dia tak sibuk pun, dia akan buat-buat sibuk. Ya, itulah asal sifat manusia.
“Manusia yang paling sibuk adalah manusia yang tak buat apa-apa” 
Jadi apa perlu kita buat?[sociallocker]

Jika iklan kita tak mampu menarik perhatian mereka.
Jangan harap mereka nak baca keseluruhan apa yang kita tulis.
Sebab itulah headline merupakan ‘nadi’ paling penting dalam penulisan iklan.  Dan pada hari ini, kita akan belajar.
Bagaimana ingin menulis headline yang memukau kurang 5 saat. (Maksud 5 saat bukan pada cara nak tulis. Tapi ketika pembaca membaca headline tersebut) 

1. Tujukan kepada 1 kelompok yang spesifik sahaja.

Ingat lagi kisah pasal manusia? Manusia sentiasa sibuk.
Jika sesuatu perkara itu tak ada kena-mengena dengan mereka. Mereka akan abaikan. Dan mula sibukkan diri dengan benda lain.
Jadi antara cara cepat untuk tarik perhatian adalah dengan panggil mereka. Manusia sangat alert (berwaspada) jika sesuatu situasi itu melibatkan diri mereka
Contoh nama anda ‘Ali’.
Jika saya panggil; “Ali, sila ke depan”. Sudah tentu anda akan fokus, apa yang saya nak sampaikan.
Mudah je teorinya. Bila ada orang panggil kita. Kita akan ‘angkat tangan’ & berkata;
“YA! Aku disini, kenapa?”
Ini juga antara sebab, kenapa kebanyakkan headline yang menjual itu hanya fokus untuk 1 kelompok pelanggan sahaja. Sebab ia lebih personalize.
(Banyak case study dari klien kami yang berjaya dengan headline jenis ini)
Saya amat menantikan jika suatu hari nanti. Facebook kemaskini sistem iklan mereka. Sehingga kita boleh panggil seseorang dengan ‘Nama’. Mesti menarik bukan?
Jadi, jangan panggil semua orang. Semakin umum sesuatu headline ditulis, semakin susah kita nak minta mereka ‘angkat tangan’.
Bak kata orang puteh;
“When we talk to everybody, we talk to nobody”
Bila kita cuba cakap dengan semua orang. Sebenarnya kita tak bercakap dengan sesiapa pun.
Contoh yang saya bawakan disini. Bayangkan diri anda sebagai pembaca yang suka travel, mana satu headline yang lebih menarik perhatian;
  1. Suka travel?
  2. Suka travel ke eropah?
  3. Suka travel ke eropah pada musim salji?
Cuba pilih yang mana satu? 1, 2 ke 3.
Ikut kajian saya & team Fames. Semakin spesifik, semakin mudah orang tertarik dengan sesuatu headline.
Ok. Selepas selesai pemahaman ini. Kemudian kita pergi kepada poin nombor 2.

2. Kenalpasti apa manfaat no.1 yang pelanggan kita nak.

Ia bergantung kepada kelebihan produk & kemahuan pelanggan anda.
Kunci untuk tahu dengan cepat apa yang pelanggan mahukan adalah dengan mendengar penuh teliti. Senang cerita ‘tadah telinga’ apa yang pelanggan cakap.
Ia biasanya terbahagi kepada dua bentuk;
  1. Apa yang pelanggan selalu komplen?
  2. Apa yang pelanggan selalu tanya?
Dua soalan ini penuh bermakna.
Soalan yang ditanya merupakan petunjuk itulah manfaat utama yang mereka cari dalam produk/servis kita. Manakala komplen adalah apa yang pelanggan tak mahu.
Sebagai contoh, jika anda menjual power bank kepada lelaki yang suka travel jauh;
i – Kita kena tahu power bank yang macamana lelaki travel inginkan?
ii – Dan kenapa dia cari manfaat seperti itu?
Kita hanya dapat jawab 2 soalan di ini.
Jika kita beri peluang kepada telinga kita untuk mendengar apa yang pelanggan tanya & komplen. Contoh soalan yang sering ditanya:
Soalan tentang kemahuan – “Power bank ini, boleh caj berapa kali?”
Sebab datang dari komplen – “Baru caj 2-3 kali dah habis bateri”
Jika anda sudah tahu apa yang mereka inginkan. Barulah anda gabungkan poin nombor 1 & poin nombor 2.
Untuk menggabungkan-nya, lihat poin nombor 3.

3. Buat headline jenis offer berdasarkan maklumat poin nombor 2.

Bila anda sudah tahu manfaat yang prospek betul-betul cari.
Ia sudah menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu masukkan sahaja manfaat tersebut di bahagian headline seperti:
Poin 1 – Suka travel ke eropah pada musim salji?
Poin 2 – Bateri cepat habis. Power bank ini boleh caj lebih 20 kali.
Sebagai copywriter untuk syarikat-syarikat SME. Saya lihat pada tahun 2016. Manusia semakin terdedah dengan teknologi.
“Dah kenapa cerita pasal teknologi?” – Sabar. Ada kena mengena dengan tajuk ini.
Teknologi mempengaruhi rutin & tindakan manusia. Jika dahulu manusia boleh bersabar, sekarang semua benda nak cepat. (ditambah dengan sifat semulajadi malas manusia)
Begitu juga dalam copywriting. Jika dahulu manusia mampu menunggu 10 saat untuk kita terangkan apa yang kita jual. Kini tinggal 5 saat sahaja.
Sebab itu kalau anda perasan. Kenapa iklan di Youtube berdurasi 5 saat sebelum kita dibenarkan ‘Skip’. Semuanya telah dikaji. (Ini tajuk panjang, tak sempat cerita dalam artikel ini)
Moral of story, kalau kita tak boleh beritahu dalam masa 5 saat apa yang kita tawarkan, iklan anda ada potensi besar tidak dibaca.

Akhir kata daripada saya.

Kenapa headline jenis ini sangat berpengaruh & membuatkan orang teringin nak membeli?
  1. Headline ini fokus kepada 1 kelompok pelanggan sahaja.
  2. Headline ini menawarkan manfaat yang betul-betul pelanggan nak.
  3. Pelanggan boleh faham apa yang kita jual kurang 5 saat.
Itu sahaja untuk artikel kali ini.
Bagi anda yang nak belajar lebih lanjut:
  • Bagaimana nak menulis iklan dengan betul?
  • Dah penat langgar dinding, buat iklan asyik tak jadi?
  • Nak belajar dari asas direct dengan saya?
Saya rekemen anda rujuk Video Copywriting Junior, oleh Tuan Faris Osman.
Beliau dah susun video istimewa untuk anda belajar dari rumah. Setakat ini sudah lengkap 22 video dan anda akan dapat update percuma seumur hidup jika ada video-video terbaru akan datang.

Popular posts from this blog

4 Langkah Bagaimana Memulakan Bisnes di Ebay!

4 Langkah Bagaimana Memulakan Bisnes di Ebay! 4 Langkah Bagaimana Memulakan Bisnes di Ebay Apa yang perlu new seller tahu untuk Belajar Bisnes Ebay? Saya mendapat banyak soalan terutamanya dari new seller yang masih belum faham macam mana proses jualan boleh terjadi di ebay. Ini antara soalan yang sering ditanya: Bagaimana hendak bermula untuk menjual di ebay? Berapa modal permulaan untuk berniaga di ebay? Jika tak mahir berbahasa inggeris boleh ke berniaga di ebay? dan banyak lagi. Ok baik. Saya harap artikel kali ini membantu para peniaga ebay yang masih baru nak menceburkan diri berbisnes di ebay dapat faham dengan jelas macam mana nak bermula. Untuk memulakan bisnes di Ebay, anda perlu menguasai 4 ilmu iaitu: Kaedah membuat Kajian Produk Mencari Sumber Supplier yg murah Membuat Iklan di ebay Proses Order Saya terangkan serba ringkas untuk anda dapat mudah paham prosesnya dengan baik. Langkah 1: Kaedah membuat Kajian Produk Ini adalah persoalan utam...

7 idea produk HOT yang anda boleh terus try

http://bit.ly/7-idea-produk-HOT Ni ada 7 idea produk HOT yang anda boleh terus try jual dan buat profit sekarang. Tak yah pening nak research, just guna je info ni. Info ni FREE je sehingga tengah malam ni.  Make sure download  http://bit.ly/7-idea-produk-HOT Hopefully ianya membantu bisnes anda. Bye

Cara Buat Kajian Pasaran Barang Trending di Ebay?

Cara Buat Kajian Pasaran Barang Trending di Ebay? Saya dapat banyak pertanyaan tentang macam mana nak buat kajian pasaran di Ebay. Kalau anda ada soalan tu kat minda anda maknanya anda memang berminat untuk belajar macam mana nak buat duit kat ebay ni. Ucapkan tahniah buat diri anda sebab anda akan belajar sesuatu dari post artikel kali ini. Saya harap ianya akan membuka minda anda dan menjawab segala persoalan yg bermain di fikiran anda selepas  anda dah baca artikel kali ini. Objektif post kali ini adalah : Bila kita dah ada akaun ebay dan paypal barang apa yang kita nak jual di ebay? Secara umumnya saya boleh bahagikan kepada 2 cara: Perhatikan keadaan sekeliling rumah anda, lihat jika ada barang yg tak pakai, anda ambil gambar dan buat iklan di ebay Buat sedikit kajian pasaran di ebay berdasarkan data-data item sold yang berjaya di jual di ebay,kaji item apa yg trending dan ada demand yg tinggi kemudian anda supply Untuk cara pertama : Sesiapa sahaja bole...