Skip to main content

3 Perkataan Ini Jika Anda Nak Buatkan Prospek Baca Iklan Anda Sampai Habis!

Guna 3 Perkataan Ini Jika Anda Nak Buatkan Prospek Baca Iklan Anda Sampai Habis!

Menulis ayat iklan tak susah.

Yang susah, nak pastikan mereka baca sampai habis, berminat & rasa nak beli dari kita.

Jadi pada hari ini, saya nak kongsikan 3 idea kepada anda.

Bagaimana nak rampas perhatian prospek & buatkan mereka baca iklan kita sampai habis?

Ok jom kita lihat idea penulisan yang pertama.

1. Ayat pertikai fakta

Masukkan ayat yang mempertikai fakta semasa.

Kenapa? Sebab manusia pantang ditegur; lagi-lagi berkait dengan kepercayaan.

Bayangkan, fakta yang dia percaya bertahun-tahun, tiba-tiba ada orang kata benda itu salah. Sudah tentu mereka nak tahu alasannya.

Jika anda masukkan poin ini dalam ayat iklan, anda mampu buatkan prospek rasa nak tahu & baca sehingga habis.

Contoh niche kecantikan, fakta semasa yang mereka terima mungkin:

“Sirip ikan yu terbukti melicinkan kulit kurang 7 hari” <— Ini fakta semasa!

Tapi anda ada bukti atau pandangan yang bertentangan;

“Betul ke sirip ikan yu boleh licinkan kulit?”

Tajuk seperti ini selalunya buatkan prospek jadi serba tak kena, lagi-lagi kalau mereka dah lama guna produk Sirip Ikan Yu.

Jadi tugas kita senang jer;

Mempertikai fakta sedia ada.
Buat ia jadi sedikit kontroversi.
Kemudian, bagi bukti.
Terangkan sama ada kita bersetuju ataupun tidak dengan fakta tersebut.

Jika tak bersetuju, lampirkan bukti-bukti sokongan. Baru lah mesej kita mudah diterima akal & berpengaruh.

Boleh dapat setakat ini?

Awas! Jika idea tidak disampaikan dengan baik, anda bakal dikecam! Saya ingatkan jer. 

2. Ayat ingatkan ‘The Big Why’ + Tips

Apa itu Big Why?

Big Why adalah sebab utama anda buat keputusan untuk lakukan sesuatu perkara.

Saya percaya. Setiap manusia mesti ada impian yang ingin dicapai. Namun, disebabkan beberapa kali mencuba tidak berhasil, impian tersebut kian kabur dalam ingatan.

Jadi, kita boleh gunakan kesempatan ini, untuk ingatkan semula “Big Why” mereka, dalam ayat iklan kita.

Contoh niche kewangan. Kita kena tentukan dulu;

Siapa prospek kita?
Apa sebab utama mereka buat sesuatu keputusan?
Kenapa mereka perlu berjaya?
Selepas buat kajian. Kita jumpa bahawa prospek yang ada dalam niche kewangan, biasanya Big Why mereka adalah mampu bagi duit kepada ibu & ayah di kampung.

Seterusnya, tugas kita hanya perlu tanya dibahagian tajuk iklan;

“Dah mampu belum, nak bagi duit belanja dekat ibu di kampung? Jika belum, ini caranya.”

Selepas anda ingatkan Big Why mereka, bagi lah tip yang mereka boleh guna serta merta.

Mudah jer kan cara no.2 ini?

Ingatkan Big Why.
Kemudian, bagi tip.
Pada akhir perenggan, buatlah Call to Action seperti

“Berminat nak tahu lebih banyak? Hubungi saya.”

Nota: Ayat jenis ini sebenarnya lebih selamat.

3. Ayat info yang ‘ramai tak tahu’

Selain daripada lupa, manusia ada lagi satu sifat iaitu; sukakan info terbaru.

Berdasarkan kajian psikologi daripada Abraham Maslow pada tahun 1943 ada memberitahu benda ini; namanya ‘Self-Esteem’.

Self Esteem ini maksudnya sentiasa inginkan peningkatan status diri.

Atau dengan bahasa yang lebih mudah, manusia nak diri mereka ‘nampak lebih pandai’ daripada sebelum nya.

Jika mereka dapat tahu sesuatu info sebelum orang ramai tahu, mereka akan berasa bangga & suka berkongsi info tersebut (ini yang page-page viral suka selitkan pada tajuk artikel mereka).

Contohnya kalau untuk niche hartanah:

“7 tempat rahsia yang ramai orang tak tahu ada permintaan tinggi kadar sewa rumah”

Anda akan lihat perbezaannya selepas menambah ayat ini – “Ramai orang tak tahu” – ditengah atau dihujung tajuk iklan.

Nak jadikan ia lebih spesifik?

Gantikan perkataan ‘orang’ dengan segmen market anda seperti Pelabur Hartanah.

Secara tidak langsung anda telah menapis orang yang betul untuk baca info tersebut.

Anda Belajar Sesuatu Daripada Artikel Ini?

Mahu belajar lebih lengkap? Dah penat langgar dinding?

Jika anda nak belajar menulis iklan yang lebih tersusun dalam bentuk video step-by-step, anda boleh rujuk panduan video Mazhab Copywriting Junior 3.0 yang terbaru.

Dalam 22 video tersebut, ada diterangkan lebih spesifik:

Cara kenalpasti pelanggan kelaparan
Cara tanya soalan untuk kenal pelanggan.
Cara simple untuk kenal produk
Cara untuk tarik perhatian pelanggan
Cara buatkan prospek percaya
Cara buatkan prospek rasa rugi tak cuba produk anda
Dan banyak lagi.
Lengkap dari zero sehingga anda boleh tulis ayat iklan sendiri.

Ini antara hasil daripada amalkan ilmu ini;


Klik di sini untuk tonton video Copywriting Junior dan mula hasilkan copywriting yang boleh tingkatkan jualan anda hari ini!

Apa-apa pun, saya doakan semoga artikel ini dapat membantu anda menulis iklan dengan lebih tersusun.

Kita jumpa dalam artikel lain ya. 

Popular posts from this blog

4 Langkah Bagaimana Memulakan Bisnes di Ebay!

4 Langkah Bagaimana Memulakan Bisnes di Ebay! 4 Langkah Bagaimana Memulakan Bisnes di Ebay Apa yang perlu new seller tahu untuk Belajar Bisnes Ebay? Saya mendapat banyak soalan terutamanya dari new seller yang masih belum faham macam mana proses jualan boleh terjadi di ebay. Ini antara soalan yang sering ditanya: Bagaimana hendak bermula untuk menjual di ebay? Berapa modal permulaan untuk berniaga di ebay? Jika tak mahir berbahasa inggeris boleh ke berniaga di ebay? dan banyak lagi. Ok baik. Saya harap artikel kali ini membantu para peniaga ebay yang masih baru nak menceburkan diri berbisnes di ebay dapat faham dengan jelas macam mana nak bermula. Untuk memulakan bisnes di Ebay, anda perlu menguasai 4 ilmu iaitu: Kaedah membuat Kajian Produk Mencari Sumber Supplier yg murah Membuat Iklan di ebay Proses Order Saya terangkan serba ringkas untuk anda dapat mudah paham prosesnya dengan baik. Langkah 1: Kaedah membuat Kajian Produk Ini adalah persoalan utam...

7 idea produk HOT yang anda boleh terus try

http://bit.ly/7-idea-produk-HOT Ni ada 7 idea produk HOT yang anda boleh terus try jual dan buat profit sekarang. Tak yah pening nak research, just guna je info ni. Info ni FREE je sehingga tengah malam ni.  Make sure download  http://bit.ly/7-idea-produk-HOT Hopefully ianya membantu bisnes anda. Bye

Cara Buat Kajian Pasaran Barang Trending di Ebay?

Cara Buat Kajian Pasaran Barang Trending di Ebay? Saya dapat banyak pertanyaan tentang macam mana nak buat kajian pasaran di Ebay. Kalau anda ada soalan tu kat minda anda maknanya anda memang berminat untuk belajar macam mana nak buat duit kat ebay ni. Ucapkan tahniah buat diri anda sebab anda akan belajar sesuatu dari post artikel kali ini. Saya harap ianya akan membuka minda anda dan menjawab segala persoalan yg bermain di fikiran anda selepas  anda dah baca artikel kali ini. Objektif post kali ini adalah : Bila kita dah ada akaun ebay dan paypal barang apa yang kita nak jual di ebay? Secara umumnya saya boleh bahagikan kepada 2 cara: Perhatikan keadaan sekeliling rumah anda, lihat jika ada barang yg tak pakai, anda ambil gambar dan buat iklan di ebay Buat sedikit kajian pasaran di ebay berdasarkan data-data item sold yang berjaya di jual di ebay,kaji item apa yg trending dan ada demand yg tinggi kemudian anda supply Untuk cara pertama : Sesiapa sahaja bole...